Interview Kerja di Telaga Biru
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Hai,, dah lebih 8 bulan aku tak update blog aku.. Bersarang sangat dah ni.. Kesian.... Okay, back to the main topic, aku nak cerita pasal interview aku haritu dekat Telaga Biru Sdn. Bhd.. Kalau korang biasa baca majalah Solusi, haa ni laa penerbitnya..
Nak dijadikan cerita, time awal-awal tu aku mohon job sebagai illustrator time 31 MEI 2017.. Aku mohon macam biasa laa, melalui e-mail.. Attach resume, portfolio dan tulis laa apa-apa yang perlu dalam e-mail tu.. Kononnya lepas internship aku nak laa kerja dapatkan duit (cerita pasal internship aku ni aku akan cerita dekat post lain)... Nak beli Nintendo or PS Vita.. KONONNYAA... hahaha tapi aku tak dapat apa-apa reply.. So aku assume dorang tak terima aku laa kott.. It's okay, aku try cari job lain.. Dalam masa yang sama, aku teringat ada kenalan aku kerja sana jugak.. So aku try bagitau dia yang aku ada hantar job application.. Aku nak mintak dia inform kat ketuanya laa kot-kot dorang terlepas pandang e-mail aku.. Pastu dia pun mintak laa segala butiran yang perlu untuk dia tunjuk dekat ketua dia.. haa time aku bagitau dia nii bertarikh 13 JUN 2017.. Kiranya dalam 2 minggu lepas aku hantar kat e-mail yang sepatutnya laa.
Ok lepastu kenalan aku ni tak reply or update apa-apa dekat aku.. Aku tau dia busy, so aku tak kisah dah laa.. Dalam masa yang sama, aku ni macam dah kurang sikit semangat nak kerja.. Ye laa dah lama duduk rumah,, sayang nak tinggalkan.. Tempat paling selesa dalam dunia (too much exaggerating lol).. Then,, dalam pertengahan bulan OGOS, aku nampak ada iklan job dekat Inspidea.. Aku try apply.. Dan dalam masa yang sama aku memang expect aku takkan dapat interview sebab artworks aku ni takde laa menarik sangat.. Lepas apply tu, aku lupa langsung pasal company tu.. Beberapa hari kemudian (20 OGOS 2017), kenalan aku ni bagitau aku untuk aku send semula resume and portfolio aku sebab dia lupa..
Then dalam seminggu selepas aku apply job Inspidea,, aku dapat call panggil interview dekat office dorang.. Terkejut baq hangg.. Aku kena interview pada tarikh 30 OGOS 2017.. Kalau korang ingat, 29 tu ada final bola SEA Games Malaysia lawan Thailand enn.. aku pi Kajang 28 sebab nak ambil KADS1M kat Bank Rakyat.. Pastu pergi Shah Alam bermalam dekat sana.. Okay,, cerita interview dekat Inspidea tu,, nak pergi sana jalan memang busy bersimpang siur laa.. Aku dapat pukul 11, so pukul 10 kitorang dah gerak dari Shah Alam.. Sampai sana, dorang bawak aku ke bilik meeting.. Kat sana aku memang buat yang terbaik laa.. Tapi I'm a noob in animation company :'D so bila dia tanya pasal job yang aku apply tu, memang agak lain laa daripada yang aku faham.. Haha.. Mula-mula kena isi borang tanya pasal diri kau laa.. Dorang kasi dalam 15 minit untuk aku isi semua tu then mintak aku tunggu dalam bilik meeting.. Lepas tu interviewer datang,, tanya laa aku sikit2 dan minta aku siapkan test.. Mula-mula tu test aptitude.. Then kena lukis atas kertas.. Habis lukis atas kertas kena lukis digitally pulak.. Lukis dalam photoshop dan Flash.. Photoshop tu ok lagi,, sampai dekat Flash,, hancusssss... Time ni memang harapan aku nak kerja kat sini memang tipis laa..Last2 aku give up time dah habis masa tu.. Dan setel semua interview situ pukul 1.. Then pergi makan, terus balik rumah..
Okeeee,,dah balik rumah,, dalam pukul 3 macam tu, tetiba dapat call dari Telaga Biru cakap aku dipanggil interview Rabu depannya, iaitu 6 SEPTEMBER 2017 pukul 10 pagi.. Mula-mula agak terkejut dan excited juga.. Lepas dapat call, terus bagitau mak aku.. Tapi dalam masa yang sama, aku dah hilang semangat nak kerja.. Haishh.. Duduk rumah 3 bulan wehh, mana tak sayang nak tinggalkan.. Tapi aku terima je laa.. Sebab aku dah minta tolong kenalan aku tiba-tiba aku tolak tawaran interview, macam mengsia-siakan usaha kenalan aku tu.. So aku decide nak buat main-main je laa sebab aku memang nak stay rumah.. Taknak diterima KALAU BOLEH.. Lagi-lagi bila aku decide nak sambung Degree Februari next year..
Okay,, pada tarikh interview, aku pergi sekali ngan abang aku (driver), kawan dia (co-driver) dan sepupu aku.. Haha ramai betul.. Kitorang pergi 8.15, sampai sana dalam 9.45.. Fuhh nasib baik sempat sebab jalan jem.. Aku naik office tu dengan sepupu aku.. Mula-mula isi borang pasal diri aku.. Banyak jugak laa kena isi.. Penat.. Lepas tu dia suruh tunggu kejap sebelum aku dipanggil.. Dalam 5-10 minit macam tu, aku kena naik atas.. Department penerbitan dekat atas laa tu.. Naik atas, ada encik ni cakap aku kena test melukis dulu selama 1 jam.. Aku dah siap-siap bawak laptop ngan Wacom nak melukis, tapi gaya encik tu macam suruh aku lukis dekat komputer situ.. So,, aku pun lukis je laa pakai komputer tu.. Hasilnya memang 100% akan kena reject.. Seriously buruk gila.. HAHAHA.. nasib baik kenalan aku tu sembang-sembang ngan aku kasi hilang nervous.. Baik rupanya dia :'D sebab aku takut nak tegur.. Lepas tu encik tu macam tak minat dengan lukisan tu, so dia mintak aku lukis semula pakai style aku dalam 30 minit.. Time ni baru aku mintak nak lukis pakai laptop sendiri.. Habis lukis, kena print,, then baru dipanggil interview..
Mula-mula interview aku fikir 2 orang je, sekali masuk lagi sorang,, aduh makin cuak.. Tanya macam-macam jugak laa.. Aku tak berapa sure macma mana dorang berminat nak hire aku sebab lukisan biasa jee.. Tapi bila dorang tanya 'berapa lama nak kerja sini' dan 'taknak sambung belajar ke', tu dah nampak yang dorang da berminat nak hire aku.. Sebab bila aku cakap nak sambung belajar next year, dorang jadi sedih.. haha.. last2 dorang cakap nak kerja situ minimum 3 tahun.. Lepas tu cerita kat aku risiko kalau aku terima job ni.. macam balik lewat,, tak dapat cuti :'D tapi bila dah amanah tu, kena laa bertanggungjawab.. So aku setuju.. Then dah nak habis interview tu, dorang cakap nak call aku dalam masa seminggu untuk bagitahu bila aku kena masuk..
Esoknya iaitu 7 SEPTEMBER 2017, aku dapat call suruh lapor diri pada 11 SEPTEMBER 2017.. Kau RASA?!! :'D sedih weyy dah tak banyak masa nak duduk rumah.. Ni aku tulis pada 8 SEPTEMBER dan dah masuk 9 SEPTEMBER pun.. aku ada masa kurang 12 jam untuk duduk rumah ni sebelum aku pindah ke rumah sewa :'( sedih wooo... Hmm maybe sebab aku dah lama sangat duduk rumah,, dan aku rasa macam tak dapat kawan dekat sana.. So sekarang ni aku memang takde semangat nak kerja.. Sebab aku dah tau risiko bila aku bekerja dan job yang aku pegang ni memang banyak kerja dan sangat busy.. Aku takut sebenarnya.. Betul ke aku nak kerja ni? Aku dah bersedia ke? Aku sanggup ke nak hadapi semua ni? Dan aku takut kalau tak dapat kawan.. Kat sana aku kenal beberapa orang je.. Hmm... Harap aku akan dapat semangat sebelum masuk kerja Isnin nanti.. Doakan aku.. Terima kasih..
Itu je laa coretan aku untuk post ni.. Terima kasih sudi baca sampai habis..
Fi hifzillah, In syaa Allah..
Assalamualaikum wbt..