Art Tools Baru!!
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Sebenarnya aku takde rasa nak menulis sangat. Tapi aku tulis je laa apa yang aku rasa aku nak. okay?
Hmm cuti sem dah nak habis. Ada lagi 2 minggu. Kiranya dah sebulan laa aku cuti ni. Apa je aku buat? HAHA macam takde pape je. Banyak habiskan masa depan laptop dan tv je. Adui teruknya. Cuti ni juga aku banyak habiskan duit. waaaa sayangnyaaa..... Tapi aku rasa apa yang aku beli berbaloi jugak. Aku beli watercolor dan brush pen brand Sakura Koi. Aku memang dari dulu nak beli barang tu. Sekarang ni ada rancang nak beli copic marker. Tapi duit dah pokai so kena jimat cermat. Aku cadang balik UPSI nanti aku nak beli copic seminggu satu batang. Harga mahal wehh. Sebatang ada laa dalam RM10. Aku ni melukis tradisional takde laa hebat pun tapi aku nak cuba dan praktis. Rasa macam tak puas kalau digital boleh tapi tradisional tak boleh.
Tapi bila dah tekad nak praktis tradisional, duit yang keluar pun banyak jugak laa. Apa korang ingat artis ni buat seni lukis ni tak pakai duit ka? Nak lukis digital pun, mesti kena ada dia punya device. Nak beli tu pun aku pike beratus kali wajar atau tak. Benda tu pun bukannya murah. Then bila ada artis yang mintak bayaran kalo korang mintak lukis, doksah laa bising. Kitorang guna usaha dan duit jugak. Masa kitorang digunakan untuk setelkan korang punya lukisan. Kitorang mintak bayaran sebab nak cover balik duit beli device tu. Artis tradisional lagi laa. Bila barang dorang dah habis stok, dorang kena beli lagi benda tu. Pakai duit jugak. Pastu korang suka-suka je minta lukiskan muka korang tu free2 je. Amboiiii.. Haha emosi kejap. Tapi memang kalau dah libatkan diri dalam bidang macam ni, memang banyak pakai duit. Lagi satu, ada orang kata kalau nak praktis better beli tools yang murah2 dulu (aku pun kata gitu gak) Tapi aku ada baca kalau nak praktis boleh je beli yang mahal (sebab memang berkualiti. bukan mahal saje2) supaya kita terbiasa pakai barang mahal. Lagipun kualiti dengan yang murah mesti lain gila dengan yang mahal. Kalau dah biasa yang murah, susah gak nak adapt dengan yang mahal. Macam aku laa tu.
Watercolor aku beli tu ada 24 warna (maksimum 30 warna tapi jarang nampak ia dijual) harganya pun dah RM120++. Tu kalau normal price. Tapi time tu aku beli kat 11street.my so ada laa jugak dapat baucer dan credit untuk diskaun. Time tu pulak tengah ada diskaun dan free shipping so aku memang tak lepaskan peluang untuk beli benda tu. Harga dapat tu takde laa murah mana tapi aku puas sebab tu paling murah lepas aku survey. Dapat laa beli dengan harga RM100 + free shipping.
Aku order hari Khamis. So dia suruh buat bayaran sebelum Selasa minggu depan. Aku belum bayar lagi bendanya. Lepas tu dalam hari Sabtu atau Ahad aku tengok barang tu dah takde promosi diskaun. Memang aku bersyukur gila laa sebab aku sempat order barang tu sebelum tamat promosi. Then aku buat payment hari Isnin dekat CIMB. Pergi laa jalan kaki dari rumah dengan gigihnya ke sana. Aku selit kisah sikit, time nak masuk CIMB tu, kan tolak pintu dia. Aku ni jenisnya taknak kasi pintu tu tutup mengejut, so aku tahan laa sikit kasi dia tutup elok2 sekali dua jari aku tersepit. Sakit wehh. Nasib baik tak menjerit. Lagipun kalau kes KECIK macam ni memang aku tak menjerit pun. HAHA. Nasib baik tak lebam. Dekat seminggu jugak laa nak lega dari kena sepit tuu. ok dah tamat kisah jari tersepit aku.
Lepas bayar tu, aku tunggu laa dengan tabahnya. Time tu aku tengok dia tak bagitau kena tunjuk bukti pembayaran kat mana. So aku dengan noobnya tunggu dia detect sendiri aku dah buat bayaran dan tunggu barang tu sampai. Esoknya aku dapat mesej payment pending. Maksudnya dia taktau lagi laa aku dah buat bayaran. So resit yang dah ronyok tu aku snap gambar, aku emel kat dia. Dan disebabkan aku tak sabar, aku tau tunggu emel ni lama lagi so aku attack dia punya fb page bagitau aku dah buat bayaran. Beberapa minit lepas tu aku dapat emel bayaran dah diterima. Aku pun happy laa. Then aku cek order aku kat 11street tu, tengok dia dah start shipping dari Kelantan. Wahh jauh benauuuu.. Aku pun dengan yakinnya barang tu akan sampai hari Khamis. Ye laa dari Kelantan kan.
Esoknya aku cek tracking no tengok bendanya dah sampai Kuala Selangor. Wahh tak sabar pulak nak tunggu abam posmen datang rumah aku. Orangnya pos barang aku pakai CityLink Express. Memang first time aku dengar syarikat tu.Ok lepas tu time tengahari aku nampak van citylink datang depan rumah aku. Aku excited so aku terus laa pakai tudung semua tu nak keluar menjemput barang aku. Sekali van tu blah camtu je. Eh ehhhhhh kau tak bagi salam tak tekan loceng terus assume dalam rumah ni takde orang. Kecewa jugak laa aku. Then aku tengok feedback orang ramai pasal citylink. Memang ramai yang cakap servis teruk. Time tu mood aku terus jadi geram. Petang sikit, aku keluar dengan mak aku pi Tg. Karang. Sampai sana dapat call dari abam citylink cakap nak hantar barang. Aduhaii. Aku pun cakap laa hantar esok aje. Esoknya, abam citylink datang dan aku menahan kegembiraan aku time amek barang tu. Masuk je rumah, aku terus bukak plastik tu dan tengok set watercolor yang aku idamkan selama ni~~
Aku ada laa jugak buat art sikit pakai watercolor ni. Korang boleh cek dekat page fb aku ni.
Ok masuk brush pen pulak. Benda ni aku beli pakai Lazada. sebelum tu aku ada laa jugak banding2 harga dekat web lain. So aku dapati dekat Lazada ni lagi murah, aku pun beli je kat situ. Harga dia RM70.20. Time nak buat payment pulak problem. Dia terima online banking dan kad kredit je. Aduh aku mana ada semua tu. Pastu aku copy link aku kasi kat kakak aku mintak dia belikan. Aku mintak tu hari Isnin. Dia cakap laa boleh tapi jangan lupa kasi duit laa. Yang tu mesti laa kan. Aku yang nak beli takkan pakai duit dia pulak. Tak sopan rasanya. Then dia cakap laa Khamis nanti dia belikan pakai duit dia dulu sebab aku taktau bila nak masukkan. Khamis tu aku tanya dia dah order ke barangnya. Dia cakap belum then tanya dah masuk duit belum. Aku pun cakap belum sebab aku memang tak keluar rumah langsung. Then aku assume satgi dia order laa.
Isnin depannya aku tunggu abam posmen kasi barang tapi tak sampai2 lagi. Aikk akak aku ni dah belikan ke belum. Aku tanya laa dia no. tracking dah ada belum. Dia tanya lagi dah masukkan duit ke akaun abam ipar aku ke belum. Aku cakap laa tak sempat lagi. Pastu dia gelak je cakap "kau tak masukkan duit lagi mesti laa tak order lagi" then aku cakap kat dia "laaaa ingat pakai duit dia". Akak aku pun "ehh yeke? along lupa kot" aduhaii akak aku nii ^^;; petang sikit tu dapat mesej dari abam ipar dia dah order barang tu. HAHA aku excited sikit. Petang tu jugak aku ajak mak aku bawak pi CIMB bank in duit tu ke abam ipar. Aku cek kat lazada kalau order benda ni kena tunggu 3-5 hari means aku kena tunggu hari Khamis baru sampai. Orang yang ni pos pasal poslaju so aku lega sikit sebab aku lebih percaya poslaju dari yang lain. Rabu petang time aku ngantuk nak tidur, abam poslaju datang. Kali ni abang aku yang keluar amekkan barang. Aku yang tengah ngantuk tiba-tiba jadi segar sebab barang sampai satu hari lagi awal dari yang dijangka. Yeay!
Aku ada jugak buat art pakai benda ni tapi aku gabung dengan watercolor. Ni first time aku buat camni so mesti laa tak jadi sangat. Korang boleh tengok kat facebook aku ni. Kat sini color dia over sikit sebab aku pakai brightness.
Ouhh lupa nak bagitau, minggu2 sebelumnya aku ada pergi Popular dekat Aeon Mall Shah Alam. Aku cari dekat MPH Setia City Mall tapi tak jumpa. Aku beli pen UniPin baru untuk lukis. Yang lama punya ada lagi tapi aku beli baru sebab orang kata UniPin ni ok. Aku pun beli laa yang saiz 0.05, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4, 0.5, 0.6, 0.7 & 0.8. Habis dalam RM53. Satu tu harga RM5.90. Haha sanggup habiskan duit semata-mata benda macam ni. Ehh of course laa. Time jalan2 tengok benda lain macam nak taknak je. Sekali jumpa barnag camni, rambang biji mata. Tak fikir duit dah. Tapi yang geramnya, bila aku dah beli tu aku terjumpa kat internet drawing pen jugak tapi jenama Sakura Koi tengah promotion dalam RM30 camtu. Ada dalam 6-7 batang. Ehhhhh time aku dah beli kau baru nak tunjuk promotion tu. Bukan apa laa, boleh jimat kann lepastu boleh gabung sekali dengan watercolor ngan brush pen yang aku ada tu. Tapi takpe laa, bukannya benda ni sia-sia aku beli.
So far seronok laa pakai barang2 ni. Aku suka drawing pen tu sebab aku ni jenis suka sketch direct pen. Lantak laa apa jadi yang penting aku seronok. Bila sketch pakai pen tu, ehh jadi cantik pulak lukisan aku (ehemm). Tapi memang aku terkejut jugak laa. Memang ada jugak orang kata "art tools tak jadikan art kau cantik, tapi skill kau" aku nak nafikan benda tu sebab dengan art tools macam ni laa yang menaikkan semnagat aku untuk lukis cantik2. Ye laa mahal beb mana boleh sia-siakan. Btw skill tu pun penting jugak. Kena tajamkan skill!! Yosh yoshhhh
Ok takat tu je untuk entri kali ni. Terima kasih baca sampai habis
Sayonara!! Assalamualaikum~