Times Square di Hari Jumaat

10/12/2015 11:58:00 pm 0 Comments

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt

oke aku type ni time tengah dengar lagu yang agak feeling sikit. taktau tajuknya tapi daripada anime amnesia. oke STTP, hari jumaat lepas aku ngan kawan2 aku 3 orang pi Times Square. kitorang memang dah rancang benda ni sejak sebelum exam ((fyi, kitorang da abes final sejak 6 okt ritu)) so nak taknak kitorang kena jadikkan jugak.
aku takmau laa gitau sape je yang join, yang pasti semuanya 3 pompuan and sorang laki.

time ari jumaat tu, yang laki sorang ni dia pi pickup sorang2. dari klang-->kajang-->kg pandan-->k. selangor. haaa baik tak dia?? gigih tuu daripada pukul 8 amek kitorang. btw aku appreciate jugak laa. tak ke rajin tu?? kalo aku, aku pun takmau pickup sorang. oke dahh malas nak puji dia banyak2. nanti dia baca jugak ((rasanya laa)). and last kitorang sampai TS dalam pukul 2 gitu laa.

dorang suro aku bayar duit tiket. and i feel like "oke fine aku tau dorang penat amek aku kat kuala so aku kena bayar lebih sikit --'". hahaha tapi takpe lahh. tapi aku still tak puas ati ngan laki tu dok kutuk2 kuala selangor. aku tau laa kat kuala takde pape sangat. kalo ada pun yang popular kelip2 ngan monyet belakang rumah tu je laa. haishh daripada kat klang tu ramai india dan sg klang yang ......................... -_____-

sampai sana je, singgah McD sebab dorang kelaparan. aku pun daripada malam sebelumnya tak makan pape langsung. minum air je. aku tak bercadang nak beli makanan McD sebab aku boikot (support la wehh) then aku just beli air teh kat 7E je. then baru kitorang beli tiket n masuk dalam tu. kalo korang pernah pi sana, korang akan paham betapa mahalnya tiket tu and aku kena bayarkan untuk 4 orang. harharharrrr. melayang duit kesayangan aku tapi takpe, untuk dorang kannnn

oke permainan pertama kitorang tu aku tak pasti apa namanya tapi aku rasa dia macam roller coaster sikit cumanya dia pusing setempat je. sejujurnya aku tak takut pun cuma menyesal tak dengar cakap kawan aku yang suro duduk sorang2. sebabnya bila benda tu berpusing, kitorang akan terketepi and aku pun menghimpit kawan aku yang sorang ni. haihh kesian dia. tapi main benda tu buat tengkuk aku sakit.

next game namanya DizzyIzzy dan aku paling tak suka game ni. seriously aku rasa macam nyawa di hujung tanduk time naik tu. rasa macam nak tercampak keluar daripada mende tu n besinya tu macam longgar. cuak wehh. sepanjang main tu aku tutup mata je sebab aku tak sanggup nak menamatkan riwayat hidup aku. oke dahh takmau tulis panjang2 pasal yang ni. aku rasa semacam trauma je.

abes game tu, main game langgar. serious best!! even tak macam bawak kete sebenar, tapi best laa. haha taktau nak ungkapkan best tu camne lagi. yang aku tau, aku suka game yang tu. ada laa kawan aku sorang ni cakap "kalo orang nak langgar kete aku, gerenti tak dapat" dan disebabkan dia cakap camtu, kitorang yang lain jadikan dia target. haha banyak kali jugak laa dia kena langgar. haa tu laa lain kali jangan cakap camtu.

game seterusnya ni maybe paling best aku naik time kat TS; roller coaster. dari dalam hati aku nak cakap aku paling suka yang nii. even time darjah 6 aku cuak gila nak naik yang kat sunway lagoon. mana taknya, seat belt dorang tu longgar semacam. sape tak cuak weyy. kitorang naik tu 3 kali dan aku masih tak puas -,- harapnya len kali boleh naik lagi laa.

banyak lagi game kitorang main tapi semuanya game budak2 sebab nak kasi rilek kat dak laki tu sebab penat main roller coaster. korang bayangkan kitorang naik menda yang macam merry-go-round tuu!! serious bosan. dah laa lama beno pusingnya. dah abes main sume2 tu, kitorang main benda yang pakai duit. aku saje cakap nak main, tapi tak sangka dorang nak main. kalo boleh aku nak patung dolphin tapi nasib tak menyebelahi kitorangso kitorang tak dapat pape main tu. dapat stress je -,-

abes main kat theme park tu, kitorang pi tempat yang game pakai token tu. amek gambar kat booth. kat situ memang best, macam2 kitorang main. aku cuba nak dapatkan patung doraemon kesayangan aku tapi malangnya tak dapat and i feel so sad that time. serius sedih :'( hmm tapi nak wat camne en. redha je lahh. dah laa doraemon comel. ((kat rumah ada je satu tapi ermmm))

pastu kitorang cari makan. time nak cari makan tu, tetiba dua orang kawan aku ni spend masa lama gilaa cari kasut. time tu aku dah pening sebab main sume benda tu. lama jugak laa dorang cari kasut. then kitorang decide makan kat restoran korea. aku tak kisah pun nak makan kat situ sebab aku nak try gak makanan yang aku tak penah makan.

okeee ni pengalaman aku makan makanan korea. first, aku taktau canne nak sebut sume nama makanan tu and amende makanan2 tu. last2 kitorang order apetah, ngan air barli apetah namanya. kawan aku sorang ni order air aloe apple ((rasanya tu namanya)). aku nyesal biarkan laki tu order air barli sebab macam takde rasa airnya!! at last i end up ordering another drink. part makanan ni bukan aku yang treat. so aku berterima kasih kat orang yang treat kitorang sebab sanggup bayarkan untuk air yang aku tak minum. 

pastu ada lagi yang buat aku takut nak makan, nasinya kaler purple!! aduhh aku pun taktau nak abeskan canne. so aku makan laa sikit2. even makanan korea ni pelik2 tapi ada jugak laa yang sedap n boleh dimakan. btw aku senarnya rasa bersalah sebab tak abeskan bahagian aku. ye laa dah laa mahal pastu tak abeskan pulak tu. hmm sorii. pastu benda yang buat aku takut time tu, mak aku da wassep tanya bila nak balik. haha mana tak cuaknya, time tu dah maghrib tapi aku still ada kat sana.

abes sume tu, time nak turun kitorang singgah kat beberapa kedai even aku taktau nak buat apa. then kitorang hantar kawan aku kat kg pandan dulu. lepastu baru dorang hantar aku. wahh rajinnyaa. sori laa ek menyusahkan -,- pastu dah sampai tempat aku, aku treat dorang ngan benjo cheese abang aku. tapi siyes abang aku, kawan dia ngan sepupu aku dok bising2 aku pi TS. elehh tau laa jeles. haha takpe2 lain kali aku cuba ajak dorang pi. opss silap.  ajak abang aku jee. haha

oke dahh abes citer sepanjang kat TS. dah laa sepanjang aku tulis ni, lagu sedih2 je yang keluar. haishh takde feeling laa. oke thank baca kepada korang yang baca. and maaf laa sebab tak dapat payung apa2 gambar.
Johari

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.