Artspiration

1/11/2017 07:34:00 pm 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Okay untuk post kali ni aku nak cerita pasal artspiration aku atau orang kata art inspiration.. Dari mana aku dapat inspirasi untuk melukis? Apa yang buatkan aku untuk terus improve dalam melukis? Macam mana aku nak dapatkan semangat aku untuk melukis bila aku rasa down gila-gila? Siapa yang kasi inspirasi untuk aku melukis? Okay sila baca dekat bawah ye.

Biasanya aku akan dapat inspirasi melukis dari pandangan mata (turun ke hati...ok gurau je aku tau tak lawak). Maksud kat sini, aku tengok lukisan orang lain. Pastu macam-macam laa aku fikir. "Macam mana dia kaler part tu? Dia blend pakai apa? Berapa banyak kaler dia pakai?" Haa lebih kurang camtu laa. Lepas tu aku try laa cara tu.. Ye laa benda baru mesti laa nak cuba. Hasil untuk first time biasanya tak cantik sangat dan aku akan stress sebab takleh buat. Aigooo

Seterusnya, aku ni kadang-kadang rajin tengok speedpaint kat youtube. Korang bukak laa youtube tulis SPEEDPAINT berlambak video dia. Dari situ pun aku akan dapat inpirasi. Aku try tengok tools yang dia pakai. Biasanya aku tengok digital art punya laa. Tapi bila mood aku kat watercolor, aku akan tengok yang watercolor punya laa. Kengkadang aku geram ngan orang yang buat watercolor tapi hasilnya macam kaler digital. Weyy cemana kau buat dooo?? Dan aku pun macam biasa, try laa buat camtu dan memang tak jadi sangat. Haha sedih pulak asyik tak jadi je.

Next, apa yang buatkan aku untuk terus improve dalam melukis? Aku akan tengok art orang jugak. Aku ni agak cepat jeles so bila tengok art orang lagi lawa mesti laa rasa macam nak buat lagi lawa jugak. Tapi ingat, kalo nak buat perbandingan, bandingkan ngan art kita yang sebelum nii. Kalo kau bandingkan art kau ngan orang lain, memang laa kau akan pike kau kalah jee. Lagi satu, bila art orang tu lawa, kita try nak tiru. Bukan tiru untuk jadi art thief. Tapi tiru untuk biasakan dengan benda baru. Erm camna nak cakap ehh. Contoh aku tak pandai lukis pose duduk. So bila nampak orang lukis karakter ngan pose tu, aku akan try cara dia lukis. Pastu nanti biasa laa dengan pose tuu dan dah takde masalah lagi nak lukis pose tuu.

How to get my drawing spirit when I feel down?? Hahahaha aku menyampah gilaa kalo rasa down camtu sebab susah nak dapatkan semula semangat tuu. Aku ni mudah rasa down so bila nampak rival aku lukis cantik memang aku akan terus down. Ok aku akan set minda aku pike "Buat apa bandingkan diri kau ngan dia? Style korang kan berbeza" "Bukan semua benda yang kau boleh lukis, dia boleh lukis" "Dia tu pun start dari awal" dan aku akan mintak semangat dari orang lain. Maksudnya aku mintak support orang laa. Susah woo nak support diri sendiri. So bila mintak support tuu, aku akan rasa aku punya art ni dah dikira ok berbanding orang yang nak melukis tapi tak pandai. Ok next;

Orang yang kasi inspirasi kat aku?? Ermmm artists jugak laa. Disebabkan lukisan dorang, aku rasa macam nak lukis cantik macam dorang. Ok ni aku listkan setakat beberapa bulan sebelum ni. Dalam beberapa bulan ni ramai lagi artist yang art dia lawa2 tapi aku tak sempat lagi nak masukkan dalam list. Ni list aku kasi yang core punya yang memang betul2 aku selalu tengok artwork dorang:

Drawing Style :
Nurel | Instagram |
Pokcik Fingernailz
Nisrina Ahmad
Kawanocy (google it and you'll find AWESOME ARTS)

Coloring Style :
Pokcik Fingernailz
Kawanocy (google it and you'll find AWESOME ARTS)


Handsome/Cute/Pretty/Beautiful:

p/s: Aku tak dibayar untuk promote semua nii :3 Saje nak share

Dan last sekali adalah aku punya artwork kat sinii:


Johari

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.