Art Tools Baru!!

10/31/2016 08:51:00 pm 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya aku takde rasa nak menulis sangat. Tapi aku tulis je laa apa yang aku rasa aku nak. okay?

Hmm cuti sem dah nak habis. Ada lagi 2 minggu. Kiranya dah sebulan laa aku cuti ni. Apa je aku buat? HAHA macam takde pape je. Banyak habiskan masa depan laptop dan tv je. Adui teruknya. Cuti ni juga aku banyak habiskan duit. waaaa sayangnyaaa..... Tapi aku rasa apa yang aku beli berbaloi jugak. Aku beli watercolor dan brush pen brand Sakura Koi. Aku memang dari dulu nak beli barang tu. Sekarang ni ada rancang nak beli copic marker. Tapi duit dah pokai so kena jimat cermat. Aku cadang balik UPSI nanti aku nak beli copic seminggu satu batang. Harga mahal wehh. Sebatang ada laa dalam RM10. Aku ni melukis tradisional takde laa hebat pun tapi aku nak cuba dan praktis. Rasa macam tak puas kalau digital boleh tapi tradisional tak boleh. 

Tapi bila dah tekad nak praktis tradisional, duit yang keluar pun banyak jugak laa. Apa korang ingat artis ni buat seni lukis ni tak pakai duit ka? Nak lukis digital pun, mesti kena ada dia punya device. Nak beli tu pun aku pike beratus kali wajar atau tak. Benda tu pun bukannya murah. Then bila ada artis yang mintak bayaran kalo korang mintak lukis, doksah laa bising. Kitorang guna usaha dan duit jugak. Masa kitorang digunakan untuk setelkan korang punya lukisan. Kitorang mintak bayaran sebab nak cover balik duit beli device tu. Artis tradisional lagi laa. Bila barang dorang dah habis stok, dorang kena beli lagi benda tu. Pakai duit jugak. Pastu korang suka-suka je minta lukiskan muka korang tu free2 je. Amboiiii.. Haha emosi kejap. Tapi memang kalau dah libatkan diri dalam bidang macam ni, memang banyak pakai duit. Lagi satu, ada orang kata kalau nak praktis better beli tools yang murah2 dulu (aku pun kata gitu gak) Tapi aku ada baca kalau nak praktis boleh je beli yang mahal (sebab memang berkualiti. bukan mahal saje2) supaya kita terbiasa pakai barang mahal. Lagipun kualiti dengan yang murah mesti lain gila dengan yang mahal. Kalau dah biasa yang murah, susah gak nak adapt dengan yang mahal. Macam aku laa tu.

Watercolor aku beli tu ada 24 warna (maksimum 30 warna tapi jarang nampak ia dijual) harganya pun dah RM120++. Tu kalau normal price. Tapi time tu aku beli kat 11street.my so ada laa jugak dapat baucer dan credit untuk diskaun. Time tu pulak tengah ada diskaun dan free shipping so aku memang tak lepaskan peluang untuk beli benda tu. Harga dapat tu takde laa murah mana tapi aku puas sebab tu paling murah lepas aku survey. Dapat laa beli dengan harga RM100 + free shipping. 

Aku order hari Khamis. So dia suruh buat bayaran sebelum Selasa minggu depan. Aku belum bayar lagi bendanya. Lepas tu dalam hari Sabtu atau Ahad aku tengok barang tu dah takde promosi diskaun. Memang aku bersyukur gila laa sebab aku sempat order barang tu sebelum tamat promosi. Then aku buat payment hari Isnin dekat CIMB. Pergi laa jalan kaki dari rumah dengan gigihnya ke sana. Aku selit kisah sikit, time nak masuk CIMB tu, kan tolak pintu dia. Aku ni jenisnya taknak kasi pintu tu tutup mengejut, so aku tahan laa sikit kasi dia tutup elok2 sekali dua jari aku tersepit. Sakit wehh. Nasib baik tak menjerit. Lagipun kalau kes KECIK macam ni memang aku tak menjerit pun. HAHA. Nasib baik tak lebam. Dekat seminggu jugak laa nak lega dari kena sepit tuu. ok dah tamat kisah jari tersepit aku.

Lepas bayar tu, aku tunggu laa dengan tabahnya. Time tu aku tengok dia tak bagitau kena tunjuk bukti pembayaran kat mana. So aku dengan noobnya tunggu dia detect sendiri aku dah buat bayaran dan tunggu barang tu sampai. Esoknya aku dapat mesej payment pending. Maksudnya dia taktau lagi laa aku dah buat bayaran. So resit yang dah ronyok tu aku snap gambar, aku emel kat dia. Dan disebabkan aku tak sabar, aku tau tunggu emel ni lama lagi so aku attack dia punya fb page bagitau aku dah buat bayaran. Beberapa minit lepas tu aku dapat emel bayaran dah diterima. Aku pun happy laa. Then aku cek order aku kat 11street tu, tengok dia dah start shipping dari Kelantan. Wahh jauh benauuuu.. Aku pun dengan yakinnya barang tu akan sampai hari Khamis. Ye laa dari Kelantan kan.

Esoknya aku cek tracking no tengok bendanya dah sampai Kuala Selangor. Wahh tak sabar pulak nak tunggu abam posmen datang rumah aku. Orangnya pos barang aku pakai CityLink Express. Memang first time aku dengar syarikat tu.Ok lepas tu time tengahari aku nampak van citylink datang depan rumah aku. Aku excited so aku terus laa pakai tudung semua tu nak keluar menjemput barang aku. Sekali van tu blah camtu je. Eh ehhhhhh kau tak bagi salam tak tekan loceng terus assume dalam rumah ni takde orang. Kecewa jugak laa aku. Then aku tengok feedback orang ramai pasal citylink. Memang ramai yang cakap servis teruk. Time tu mood aku terus jadi geram. Petang sikit, aku keluar dengan mak aku pi Tg. Karang. Sampai sana dapat call dari abam citylink cakap nak hantar barang. Aduhaii. Aku pun cakap laa hantar esok aje. Esoknya, abam citylink datang dan aku menahan kegembiraan aku time amek barang tu. Masuk je rumah, aku terus bukak plastik tu dan tengok set watercolor yang aku idamkan selama ni~~



Aku ada laa jugak buat art sikit pakai watercolor ni. Korang boleh cek dekat page fb aku ni.

Ok masuk brush pen pulak. Benda ni aku beli pakai Lazada. sebelum tu aku ada laa jugak banding2 harga dekat web lain. So aku dapati dekat Lazada ni lagi murah, aku pun beli je kat situ. Harga dia RM70.20. Time nak buat payment pulak problem. Dia terima online banking dan kad kredit je. Aduh aku mana ada semua tu. Pastu aku copy link aku kasi kat kakak aku mintak dia belikan. Aku mintak tu hari Isnin. Dia cakap laa boleh tapi jangan lupa kasi duit laa. Yang tu mesti laa kan. Aku yang nak beli takkan pakai duit dia pulak. Tak sopan rasanya. Then dia cakap laa Khamis nanti dia belikan pakai duit dia dulu sebab aku taktau bila nak masukkan. Khamis tu aku tanya dia dah order ke barangnya. Dia cakap belum then tanya dah masuk duit belum. Aku pun cakap belum sebab aku memang tak keluar rumah langsung. Then aku assume satgi dia order laa. 

Isnin depannya aku tunggu abam posmen kasi barang tapi tak sampai2 lagi. Aikk akak aku ni dah belikan ke belum. Aku tanya laa dia no. tracking dah ada belum. Dia tanya lagi dah masukkan duit ke akaun abam ipar aku ke belum. Aku cakap laa tak sempat lagi. Pastu dia gelak je cakap "kau tak masukkan duit lagi mesti laa tak order lagi" then aku cakap kat dia "laaaa ingat pakai duit dia". Akak aku pun "ehh yeke? along lupa kot" aduhaii akak aku nii ^^;; petang sikit tu dapat mesej dari abam ipar dia dah order barang tu. HAHA aku excited sikit. Petang tu jugak aku ajak mak aku bawak pi CIMB bank in duit tu ke abam ipar. Aku cek kat lazada kalau order benda ni kena tunggu 3-5 hari means aku kena tunggu hari Khamis baru sampai. Orang yang ni pos pasal poslaju so aku lega sikit sebab aku lebih percaya poslaju dari yang lain. Rabu petang time aku ngantuk nak tidur, abam poslaju datang. Kali ni abang aku yang keluar amekkan barang. Aku yang tengah ngantuk tiba-tiba jadi segar sebab barang sampai satu hari lagi awal dari yang dijangka. Yeay!


Aku ada jugak buat art pakai benda ni tapi aku gabung dengan watercolor. Ni first time aku buat camni so mesti laa tak jadi sangat. Korang boleh tengok kat facebook aku ni. Kat sini color dia over sikit sebab aku pakai brightness.

Ouhh lupa nak bagitau, minggu2 sebelumnya aku ada pergi Popular dekat Aeon Mall Shah Alam. Aku cari dekat MPH Setia City Mall tapi tak jumpa. Aku beli pen UniPin baru untuk lukis. Yang lama punya ada lagi tapi aku beli baru sebab orang kata UniPin ni ok. Aku pun beli laa yang saiz 0.05, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4, 0.5, 0.6, 0.7 & 0.8. Habis dalam RM53. Satu tu harga RM5.90. Haha sanggup habiskan duit semata-mata benda macam ni. Ehh of course laa. Time jalan2 tengok benda lain macam nak taknak je. Sekali jumpa barnag camni, rambang biji mata. Tak fikir duit dah. Tapi yang geramnya, bila aku dah beli tu aku terjumpa kat internet drawing pen jugak tapi jenama Sakura Koi tengah promotion dalam RM30 camtu. Ada dalam 6-7 batang. Ehhhhh time aku dah beli kau baru nak tunjuk promotion tu. Bukan apa laa,  boleh jimat kann lepastu boleh gabung sekali dengan watercolor ngan brush pen yang aku ada tu. Tapi takpe laa, bukannya benda ni sia-sia aku beli.

So far seronok laa pakai barang2 ni. Aku suka drawing pen tu sebab aku ni jenis suka sketch direct pen. Lantak laa apa jadi yang penting aku seronok. Bila sketch pakai pen tu, ehh jadi cantik pulak lukisan aku (ehemm). Tapi memang aku terkejut jugak laa. Memang ada jugak orang kata "art tools tak jadikan art kau cantik, tapi skill kau" aku nak nafikan benda tu sebab dengan art tools macam ni laa yang menaikkan semnagat aku untuk lukis cantik2. Ye laa mahal beb mana boleh sia-siakan. Btw skill tu pun penting jugak. Kena tajamkan skill!! Yosh yoshhhh

Ok takat tu je untuk entri kali ni. Terima kasih baca sampai habis

Sayonara!! Assalamualaikum~

Suami Mithali

5/19/2016 01:04:00 am 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Berdasarkan tajuk, apa yang korang boleh expect? Haha mesti laa korang fikir, "amboii dah jumpa calon ke?" ,, "sape laa suami tu yekk" dan macam-macam lagi. Tak tak tak. Aku nak cerita sesuatu pasal seorang insan yang hebat; AYAH aku.


Aku baru habis exam pagi tadi, petang tadi mak dan abang terus ambil aku dari UPSI. Perjalanan macam biasa laa, dari UPSI, masuk tol Bukit Tagar. Kalau diikutkan, balik terus lalu Bukit Belimbing. Tapi abang aku singgah Bukit Badong (nama baru: Bestari Jaya) sebab nak pergi pasar. Beli makanan sikit, lepas tu terus balik. Nak balik tu, mak aku call ayah aku cakap takde lauk kat rumah. So mak aku decide belikan makanan untuk ayah aku time balik nanti. Sampai sana, dah pukul 7. Abang aku yang keluar pergi order dan tunggu makanan. Makanan tu siap waktu azan Maghrib. 

Lepas tu balik, lalu masjid. Mak aku tanya abang aku "tak pergi jemaah ke?". Abang aku senyum je. Mak aku time tu terus cerita pasal ayah aku "Mula-mula ummi kawen, ayah setiap kali waktu solat MESTI SOLAT JEMAAH DEKAT MASJID". Aku time kecik-kecik memang dah sedia maklum ayah selalu solat dekat masjid. Tapi bila mak kata SETIAP WAKTU tu yang buat aku terkejut. Sampai mak kata mak respect sangat dekat ayah. Yelaa, susah nak jumpa lelaki macam tu. Lepas tu mak cerita laa sejak ayah kerja dekat jabatan ni susah sikit sebab busy sangat. Tapi kalau ada je kesempatan, ayah akan pergi ke masjid dan solat berjemaah.

Waktu aku dengar tu, aku rasa nak menangis pun ada. Tak tahu la kenapa. Lepas tu aku tanya "sebelum mak kawen, mak tau tak ayah macam tu?". Mak cakap mak pun tak tau. Sebab tu mak respect sangat-sangat dekat ayah. Memang sah-sah nampak yang ayah aku adalah suami mithali. Aku tanya lagi "Kalau camtu susah laa nak cari laki camtu? Budak sini pun entah pelik" ((aku cakap berdasarkan pandangan mata kasar)). Haa lepas tu mak cakap "tu laa. Kalau ambil kos agama mesti ramai laki yang macam tu. Kena pilih betul-betul". Aku tergelak laa jugak. Aku tau laa mak tak maksudkan budak kos lain tak baik. Cuma ramai tak ramai tu je mak aku cakap. 

Aku kata "Susah laa nak cari lelaki macam ayah. Mak dengan ayah je laa carikan. Nanti ayah pergi dekat masjid subuh-subuh tengok ada tak lelaki yang sesuai. Lepas tu tengok 5 waktu dia ada dekat masjid tak. Haha" yeaa memang serius aku cakap macam tu. Mak pun tergelak juga. Jadi aku dah nampak ciri-ciri menantu lelaki yang mak nak; solat 5 waktu BERJEMAAH DI MASJID. itu paling bagus laa. Kemudian, aku terfikir, kalau mak dan ayah cari lelaki macam tu untuk aku, layakkah aku untuk lelaki macam tu? Aku fikir lama pasal tu. Jadi solutionnya, nak lelaki yang hebat macam tu, aku pun kena jadi hebat juga. Hebat dari segi apa? Jaga solat, agama. Allah pun ada kata dalam al-Quran surah an-Nur, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. 

Jadi, nak lelaki yang baik? Jadilah perempuan yang baik. Kalau kau layan lelaki, jangan marah kalau lelaki kau tu pun layan perempuan. Even ada juga perempuan jahat kawen dengan lelaki yang baik, itu ketentuan Allah. Sebab Allah nak lelaki tu ubah perempuan tu. Jodoh Allah tak dapat kita jangka. Itu rahsia Allah. Tapi dalam fikir pasal jodoh, jangan lupa pasal kematian yang boleh datang bila-bila masa. Kena selalu ingat Allah. Aku cakap ni pun untuk ingatkan diri aku juga. Asyik fikir dunia je. Ingat ye, kalau letakkan Allah dan Islam dalam hati, dunia ni dalam genggaman. Tapi kalau kau biarkan dunia masuk dalam hati kau, akhirat kau takkan dapat. Kejar akhirat, dunia akan ikut kau.

Itu sahaja untuk malam ni. Bye dan Assalamualaikum. (acah-acah ada orang yang baca :'D)

Akaun DeviantArt + Sesi Luahan

5/04/2016 01:20:00 am 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini aku cuma nak bagitahu je yang aku akan jarang post artwork aku kat sini. Sebab 90% artwork aku, aku akan post dekat akaun deviantart aku : http://jauharwing.deviantart.com/ .. 

Pengumuman setakat tu je. Tahu tak ramai lawat blog ni. Haha memang aku syok sendiri dok layan sorang-sorang. Pujuk hati. Kalau dapat lepas pun jadi. hmm hmm sekarang busy asyik lupa nak update blog. ni dah lebih sebulan kan aku tinggal. sori laa. Aku baru ingat nak aktifkan semula blog ni tapi asyik terlepas je. haihh. oke dah tu je. enjoy laa dengan artwork aku kalau korang nak.


Yee memang banyak lagi aku kena praktis. Aku sedar tu. Tapi kadang-kadang ada juga rasa give up, rasa tak sanggup nak teruskan. Alasan? bukan sebab aku tak suka melukis dah. Tapi sebab aku tengok ramai sangat orang yang lagi hebat dari aku. Rasa macam aku punya ni tak layak untuk dipaparkan. Aku sebenarnya takut nak tunjukkan artwork aku. Bila dibandingkan dengan artwork orang lain, lagi laa aku sedih, takut. Sebab orang lain punya lagi lawa, cantik. Sedih sebenarnya. Kadang-kadang idea dah ada, tapi tangan ni tak mampu nak lukis apa yang aku fikir. Bila ada rasa putus asa tu, aku cuba pujuk diri aku. Aku cakap "even cuma ada sorang je yang suka artwork aku, itu dah cukup untuk buat aku terus melukis" yaa memang ada sorang kawan aku ni cakap dia suka artwork aku. perasaannya bila dia bagitahu tu, rasa terharu sangat. Bukan laa aku nak minta pujian. Tapi aku nak kata semangat. Bila aku tunjuk artwork aku kat orang, tapi orang tu acuh tak acuh je, aku rasa macam usaha aku sia-sia. Aku rasa macam aku hilang pedoman. Tapi sebab aku suka melukis, aku teruskan.

Pernah waktu kelas, ada sorang ni yang ajar kitorang waktu tu, dia describe pasal lukisan aku. Dia kata "awak sekat idea awak. lepaskan" ayat dia buat aku tersentak (bukan sentap). Aku terperasan sesuatu. Kenapa aku tak lukis benda yang aku nak? Kenapa aku biarkan idea aku macam tu? Kenapa aku lukis benda yang aku tak suka? Kenapa? Why? Aku tertanya dekat diri aku sendiri. Aku cuba cari jawapan. Jawapan yang aku jumpa adalah 'aku takut dengan expectation orang'. Aku tak anggap orang kasi high expectation kat aku. Aku pun tak rasa ada. expectation yang aku maksudkan adalah, orang anggap aku lukis apa yang dia fikir. Faham tak point kat situ? Aku terfikir "macam ni ke stroke yang dia nak", "macam ni ke gaya yang dia nak", "macam ni ke warna yang dia suka" dll. Aku tak terfikir untuk lukis ikut suka aku. Yes, it is my art, so i can draw anything i want. Tapi malangnya, aku melukis ikut expectation orang. Aku rasa nak nangis pun ada. Kenapa dengan aku sekarang?

Aku dulu ada buku lukisan dari sekolah rendah. Berlambak. Buku hard cover yang tebal tu, aku dah ada lebih 20. Dulu, waktu kecik-kecik, hampir setiap hari aku melukis. Aku lukis je apa yang aku fikir. Aku gembira. Semua pose, aku lukis. Sekarang, bila tengok balik lukisan aku tu, memang nampak buruk. Tapi, aku boleh tengok yang aku lukis tu semua benda yang menjadikan lukisan aku yang sekarang adalah lukisan. Jujurnya, pose or something like that yang aku lukis dulu-dulu tu jauh lebih baik daripada lukisan yang sekarang. Aku kecewa. Kenapa macam ni. Mungkin ya aku dah kurang praktis. hmm mungkin. Jadi aku kena sentiasa praktis. Tapi aku sentiasa kecewa dengan lukisan aku. Apa nak buat, aku pun tak tahu. Tapi dalam kekecewaan tu, aku kena bangkit dan terus mencuba. Apa kau ingat nak buat sesuatu yang cantik hanya perlu sekali buat je ke? Kena selalu praktis. 

Hmm banyaknya membebel. Padahal kalau nak diikutkan, nak cakap pasal akaun DA je. adui lahh. sesiapa yang dah baca sampai habis tu, thanks sudi baca luahan aku. ikhlas dari hati )':

Latest Artwork (until 30/3/16)

3/30/2016 06:12:00 pm 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Ok kali ni aku cuma nak post my latest artworks je. Lagipun dah sebulan aku tak post pape kat blog ni. Macam dah berhabuk je (doksah nak sentapkan aku kata "Ingatkan Quran yang berhabuk" -__- , sekarang ni kita tengah cakap pasal blog oke) 

Oke dah. Sambung. Tak kisah laa cemana rupa dorang, aku nak post jugak. blog aku kannn. sukati aku laa kann. so, kalau korang nak layan, layan je laa. kalo taknak, dah pi tempat lain pulak (bukan nada menghalau)

 with flower
 without flower
 ((sori tangan tu problem. tak pandai buat sangat))
 married couple ((lol lol lol))
 sketching2 muka ngantuk
 try2 colour
 tama sketching
 tiru kat komik 'Ada Dia di Sisiku'
 pedang tu berapi tau (tak pandai buat)
kuasa apa dia pakai pun aku taktau. rasengan kott :p
 4 lukisan di-compile-kan. aku suka yang mata biru ngan hijau tu.
fan art by me. SHIN AH <3 !!!!

Ok laa tu je untuk kali ni. Kalau korang nak download, boleh je (kalo nak laa T^T). Tapi tapi tapi..... jangan lupa yang ni aku yang buat. Ada laa beberapa yang aku lupa nak letak tandatangan aku. Pastu pastu pastu... kalo korang nak share atau upload kat mana2, JANGAN LUPA CREDIT KAT AKU. 

ye laa dari dulu lagi dah ada kes orang tak kredit artwork someone kat fb, twitter, ig,, pastu dia yang dapat nama. Bukan orang yang buat artwork tuu. Tak kesian kee kat orang yang penat-penat lukis, kaler bagai,, last2 korang sedap2 je dapat nama. Amboii. 

Oke tu je nak cakap. Bye~

Game Rukun Iman dan Rukun Islam

2/23/2016 10:59:00 am 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijanjikan, saya akan menyediakan link untuk bermain permainan mengenai rukun Islam dan rukun Iman. Dalam post sebelum ni, saya ada sediakan nota dalam yang dibuat dalam snappy. 

Mungkin ada yang ada masalah nak buka, jadi saya nasihatkan untuk install adobe flash player.

Untuk game, ini link dia https://scratch.mit.edu/projects/98894645/

Semoga bermanfaat. Guru2 pun dialu2kan untuk menggunakannya sebagai bahan mengajar.

Nota Rukun Iman dan Rukun Islam

2/17/2016 08:26:00 pm 0 Comments

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Disebabkan saya ni student game, memang kami ada belajar macam mana nak buat game. Untuk sem 2 ni, kami ada belajar subjek programming (MKS) dan pembangunan aplikasi multimedia (MMM). Untuk kedua-dua subjek ni juga kami ada buat projek. Untuk MMM, kami kena buat e-book untuk kanak-kanak menggunakan software snappy. Untuk MKS pula, kami kena buat game menggunakan software Scratch.

Projek dan Game

1/28/2016 02:31:00 am 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Dah nak akhir sem ni tiba-tiba rasa busy sangat-sangat. Kena buat game laa, dapat projek laa, buat video laa. Macam-macam. Memang kena struggle betul-betul sem ni. Haa dan sebab tu juga laa aku tak berkesempatan nak update blog.

Tempahan Melukis Karakter Free / Percuma @ Open Commission

1/02/2016 01:06:00 am 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

aku ada nak buka tempahan (open commission) bagi sesiapa yang berminat. untuk permulaan ni aku kasi percuma je laa. kalo ada sambutan, aku buat berbayar pulak XD aku serius ni.